Monday, 6 May 2013

Dua generasi


Ingatkan sudah boleh tenangkan fikiran untuk 5 tahun akan datang.. rupa2nya silap sebab masih ramai yang tak faham pasal politik. Mereka anggap YB itu adalah 'tuan' tanpa sedar tuan sebenar adalah mereka sendiri (rakyat) dan YB itu hanyalah kuli yang patut menjalankan amanah rakyat dengan sejujurnya. 

Ada juga yang menganggap kerajaan itu parti, walhal kerajaan ialah pemerintah yang dipilih dari parti yang memenangi pilihanraya. mana2 parti yang menang tetap akan menjadi kerajaan. jadi apa salahnya kerajaan bertukar ganti, yang penting rakyat tetap mendapat yang terbaik dari masa ke semasa.. yang kerja kerajaan tetap juga kerja kerajaan...

Persoalannya... kenapa ada parti yang sanggup bergolok-bergadai menghabiskan khazanah negara demi membeli hati rakyat? Semua itu tak perlu kalau selama ini tanggungjawab tersebut mampu dilaksanakan dengan amanah dan berkesan. Kecuali... kecuali terlalu banyak skandal, ketirisan, pecah amanah yang perlu ditutup rapat... 

Sebabnya kalaulah kata umno/Bn sahaja yang mampu membangunkan negara? banyak lagi negara2 yang jauh lebih maju walaupun tanpa umno/bn.. bahkan mereka jauh lebih baik sebab mereka mengamalkan ketelusan dalam semua perkara.. 

Lepas ini pasti ada yang akan tulis, habis tu pergilah berhijrah ke negara tersebut? hehe itu adalah jawapan 'standard' yang saya nanti2kan...
Di Malaysia ni ada dua situasi..

Pertama, generasi tua.. kita panggil generasi saluran 1 (S1). Generasi ini kebanyakkannya buta IT. Hanya disogok TV dan akhbar media perdana semata-mata. Sebagai seorang yang waras, secara peribadi saya masih boleh terima kenyataan ini sebab kalau saya di tempat mereka pun MUNGKIN saya pun akan jadi seperti mereka juga atau mungkin juga lebih teruk dari itu. Full stop!

Yang saya tak faham pula ialah generasi terpelajar atau senang fahamnya generasi IT. Ada yang phd, master, degree dan macam2 kelulusan. Maklumat masuk kiri kanan, mereka boleh memilih media dan mereka tiada apa-apa kecacatan pada fizikal dan akal.

Semasa pilihanraya ada satu parti yang menawarkan pelbagai kemudahan yang membantu membina satu kehidupan yang selesa. Mereka bakal bebas hutang, dapat beli -itu dan ini dengan harga murah tetapi mereka menolak tawaran ini sebaliknya ingin mengekalkan parti yang memerintah (yang mereka panggil kerajaan, walhal kalau bertukar parti memerintah sekalipun mereka tetap dipanggil kerajaan juga), yang mana semua sedia maklum sangat mencekik kehidupan rakyat sehingga susah untuk menjalani kehidupan yang selesa.

Lebih malang lagi, mereka 'redha' dengan penipuan pilihanraya secara terang-terangan termasuk warga asing (yang diberikan k/p secara mudah). Sebab apa saya kata redha, sebabnya pelbagai modus operandi penipuan telah mereka lalukan sebelum ini.

Semakin keliru jadinya... mereka ni sebenarnya apa...., golongan cerdik pandai? cendikiawan.. atau..... (?)

Ingatkan sudah boleh tenangkan fikiran untuk 5 tahun akan datang.. rupa2nya silap sebab masih ramai yang tak faham pasal politik. Mereka anggap YB itu adalah 'tuan' tanpa sedar tuan sebenar adalah mereka sendiri (rakyat) dan YB itu hanyalah kuli yang patut menjalankan amanah rakyat dengan sejujurnya.

Ada juga yang menganggap kerajaan itu parti, walhal kerajaan ialah pemerintah yang dipilih dari parti yang memenangi pilihanraya. mana2 parti yang menang tetap akan menjadi kerajaan. jadi apa salahnya kerajaan bertukar ganti, yang penting rakyat tetap mendapat yang terbaik dari masa ke semasa.. yang kerja kerajaan tetap juga kerja kerajaan...

Persoalannya... kenapa ada parti yang sanggup bergolok-bergadai menghabiskan khazanah negara demi membeli hati rakyat? Semua itu tak perlu kalau selama ini tanggungjawab tersebut mampu dilaksanakan dengan amanah dan berkesan. Kecuali... kecuali terlalu banyak skandal, ketirisan, pecah amanah yang perlu ditutup rapat...

Sebabnya kalaulah kata umno/Bn sahaja yang mampu membangunkan negara? banyak lagi negara2 yang jauh lebih maju walaupun tanpa umno/bn.. bahkan mereka jauh lebih baik sebab mereka mengamalkan ketelusan dalam semua perkara..

Lepas ini pasti ada yang akan tulis, habis tu pergilah berhijrah ke negara tersebut? hehe itu adalah jawapan 'standard' yang saya nanti2kan...

Abd Rahman



Walaupun PR tak kesempaian hajat untuk ke Putrajaya, mereka boleh berjalan 'with their heads up ' sebab dengan segala serangan media disemua channel, setiap saat dengan news flash, kerahan segala jentera kerajaan, video lucah ditayang sana sini, cash handouts dalam terang dan gelap, catuan air sana sini, every other bilboard dengan iklan kempen, sekatan sekatan berkempen di Kampung Felda2 , pemulauan keatas penyokong PR, komplot lain yg x dapat tersenerai disini, mereka tambah 7 kerusi Parlimen, Selangor menang dengan lebih besar. Rakyat patut jugak terima kasih pada mereka kerana kerana dengan tuntutan 2 mereka, rakyat dapat rasa BRIM, jalan raya elok, kenkangan harga minyak dan tol. Man tengah tunggu nak beli kereta ni, sebab BN jugak janji nak turunkan harga kereta.
Stujza Malique Salam, rasanya undi bangla-nepal tak banyak mengubah undi, namun ia boleh membantu meningkatkan undi pihak berkaitan mungkin dalam 10-15% sahaja, tapi kita jgn lupa menipuan mega boleh berlaku dikala:

(1) Undi Pos dari pengundi kita dari luar
(2) Undi
 awal, yang terlalu awal seminggu sebelum...yang mana dakwat bukannya tahan 7 hari, tapi hanya 7 minit. Maka, undi berganda boleh berlaku dikalangan pengundi awal.
(3) Mengawal media perdana sudah berlaku bertahun-tahun tanpa sesiapa pun mampu buat apa-apa, tapi dalam masa yang sama, SPR pun tak mampu buat apa-apa kerana berada dibawah jabatan PM (PMO), yang big boss nya adalah pengerusi BN.

Rasanya, pihak Pakatan kena bekrja turun padang (menang atau kalah) dari sekarang untuk PRU14, pergi ke hujung kampung, jangan sombong, murahkan senyuman....bukan bila dekat dgn PRU baru nak singgah dengar kabar.

Saluran 1 mungkin bukan IT savvy, malah menganggap main PC adalh kerja membazir. Tetapi bukan semua begitu, kerana S1 yang pergi dengar ceramah, masjid-masjid lebih expose kpd konsep ibadah lebih luas dan yg hardcore bulan juga datang dari S1 walau apa jadi pun. Kawasan bukit depu, majoriti panji alam dan beberapa lagi masih tegar bulan. Tapi, ada jugak masih makan budi dgn Dato' Che Mat (DCM) dan mengenali ayah Cikgu Zubir yang cukup peramah. Maka, undi simpati juga main peranan. 

Ingat, undi anak muda boleh swing at anytime, atas pada isu semasa dimainkan dan cara menjaga hati mereka. 

So, it's multifactorial. Pihak berkenaan kena buat postmortem yang lebih objective dan comprehensive, supaya momentum sekarang kekal dan peluang PRU14 lebih tinggi. Harap-harap ambe masih bernafas lagi masa tu! Selamat Maju Jaya! Peace!

Dari Bloh Ini Kali lah


KEJAYAAN DISEBALIK KEKALAHAN

Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU12-PRU13 ini utk PRU14 akan dtg?

PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen..!!!

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Re: Fakta Keputusan PRU13 (Score: 1)
by CucuBulan on Monday, May 06 @ 14:57:04 MYT
(User Info | Send a Message)
cuba tengok calon melayu dlm PKR yg menang hanya 16 kerusi dan 14 bukan melayu. oleh itu calon melayu keseluruhan 37 orang sahaja [16(PKR) + 21(PAS)] berbanding dengan bukan melayu 52 orang[38(DAP) + 14(PKR)].Ini mungkin tidak menyenangkan orang melayu. Oleh itu calon-calon melayu dlm PR kena bekerja keras lg supaya calonnya blh menang dgn isu2 yg lebih baik PRU 14 nanti sekaligus  dapat menyakini pengundi melayu supaya tidak mengugat PR akan datang....

Saturday, 4 May 2013

Mengurus Kemenangan PR post PRU13

Adakah terlalu awal untuk memikirkan apa kita perlu buat untuk mengurus kemenangan PR pada hari Isnin ini. Saya rasa ia nya sudah tidak terlalu awal memandangkan kemungkinan besar kemenangan memihak pada PR. Sekarang kita sebagai  pejuang kebenaran mesti sudah mula memikirkan apa yang kita mesti lakukan untuk menjamin perubahan kerajaan ini berlaku dengan licin, sistem pertadbiran negara boleh terus beroperasi pada hari Isnin dan  penjenayah negara tidak dapat lari begitu saja tanpa di pertanggungjawabkan. Atas keselamatan jentera kerajaan saya tidak berapa setuju dengan cuti umum pejabat kerajaan walaupun saya setuju dengan cuti khas bagi sekolah.
Pegawai kerajaan lain  mesti berada di pejabat pada hari Isnin ia itu hari pertukaran kerajaan supaya segala dokumen kerajaan selamat untuk siasatan dan duit dan asset kerajaan tidak hilang. Ini melibatkan jabatan strategik saperti Bank Negara, Pembendaharaan, Petronas, Felda, Kementerian Pertahanan dan Dalam Negeri serta agensi kerajaaan yang lain.
Selepas peristiharan PR menang pada malam ini, polis hendaklah dikerahkan untuk menjaga semua pejabat kerajaan dan pejabat negeri selain menjaga keamanan di seluruh negara. Semua kakitangan jabatan mesti meninggalkan meja mereka pada malam itu buat sementara dan semua asset dan dokumen dibawah kawalan pihak keselamatan terutama keselamat digital dan server negara. Kita sangat mahu server spr dan pendaftaran negara berada dalam keadaaan baik dan semua data Bank Negara tentang tranksasi duit haram jika ada,,, berada dalam keadaaan baik.
Memang apabila kalah BN akan cuba mencetuskan huru hara dengan harapan mendesar re election namun pihak keselamatan mesti bertindak bijak mengawal keadaan.
Semua orang kalau boleh jangan tidur sehingga pagi menjelang ..kalau tidur pun tidur sikit sudah lah.
Selepas SPR mengumumkan kemenangan, pimpinan parti PR mesti bermesyuarat serta merta dan melantik PM untuk 5 tahun akan datang. PM akan yang di pilih secara konsensus akan mengangkat sumpah di hadapan agung pada hari Isnin dan parliment bersidang dengan serta merta pada hari selasa.Perkelahian memilih PM mestilah di elakkan untuk mengelak darurat di ishtihar. Ketua Setia Usaha negara hendaklah di lantik dan terus memastikan government machinery bergerak lebih cekap dari biasa.
Pihak immigresen mesti membekukan perjalanan mereka yang di suspek rasuah untuk sementara waktu dan sebarang transfer of money through local bank dan bank persisir mesti di hentikan.
Seluruh ummat Islam akan membuat Solat Kesyukuran Mega pada pagi Isnin dan semua rakyat Malaysia mesti bersatu untuk menghadapi masa depan Malaysia yang bersejarah dengan semangat ukhuwah dan persahabatan.

Terbukti Dakwat Kekal SPR tak Kekal

Terbukti dakwat kekal SPR tak kekal sifat nya. Berikut adalah gambar daawat kekal boleh di basuh hanya dengan sabun cuci piring Giant.





Saya Mahu Tanya Pimpinan PR : Adakah Kita Mahu Benarkan Bangla Mengundi?








Telah banyak bukti bahawa Bangla akan digunakan oleh BN untuk mengundi dengan menggunakan IC yang dikeluarkan oleh BN saperti credit card murahan.Bangla bukan orang Melayu kerana mereka tidak pandai cakap melayu dan tidak berbudaya Melayu. SPR pula sudah memberi jaminan mereka boleh mengundi walau pun database SPR tidak di iktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Sekarang Pemimpin Pakatan Rakyat mesti buat keputusan sama ada kita akan membenar mereka merosakkan demokrasi dengan mengizinkan Bangla mengundi.

 Ini  saperti kita  akur kepada taktik Jahat BN dan menghancurkan  harapan rakyat untuk berubah secara legal. Soalan ini adalah soalan serius dan memang pilihanraya itu adalah satu perkara yang serius dan rakyat sanggup buat apa saja untuk mempertahankan ke  sah an nya

Ketua SPR sudah beberapa kali memberi signal bahawa Bangla dan Pengundi Import akan diguna untuk memenangkan BN namun saya lihat sedikit reaksi dari pemimpin PR. Pemimpin PAS DAP dan PKR mesti mengambil sikap yang jelas kerana tindakan ini akan merosakkan pilihanraya. Memang BN menguji  keberanian kita sama ada kita mampu bertindak atau tidak dan setiap PRU mereka akan menggunakan satu taktik baru untuk memenangkan pilihanraya. Pada awal 70 an mereka menggunakan taktik menukar peti undi sehingga kita terpaksa mengerah pemuda PAS bermotosikal untuk mengiring peti undi ke tempat bilang undi. Selepas tu mereka mengunakan taktik mengundi dua kali dengan mendaftar satu nama dua tempat. Ini tak dapat dikesan pada zaman tidak ada komputer. Selepas itu mereka mengguna taktik media dengan mengguna surat kabar dengan cartoon dan gambar gambar fitnah dizaman Photoshop tak ada lagi. Selepas tu mereka menggunakan transfer undi saperti mereka buat untuk menjatuhkan PAS di Terengganu. Sekarang jelas selepas video fitnah gagal dan transformasi shok sendiri gagal, mereka akan dengan berani mencabar keberanian kita untuk mengguna pengundi upahan Bangla dan Indon yang tidak ada dalam database Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengundi dan memenangkan BN. Nama mereka mungkin  di sumbat dalam database Jabatan Pendaftaran Negara secara illegal dan IC di keluarkan saperti kad credit murahan
 . Persoalannya adakah kita mahu jadi rakyat bodoh menerima semua tipu helah ini atas alasan mengangap senarai pengundi SPR ada lah sah saperti yang terdapat Jabatan Pendaftaran Negara,
Saya yakin senarai pengundi SPR tidak saperti database Jabatan Pendaftaran Negara dan ini bermakna database SPR tidak sama dengan database Jabatan Pendaftaran Negara, Malangnya pemimpin PR tersalah pandang perkara ini sebelum ini. Namun masih ada baki baki jam di mana kita boleh bertindak untuk mempertahankan demokrasi dan amanah rakyat.
BN akan mengguna apa saja untuk menang kerana mereka mempertahankan harta rampasan mereka namun rakyat perlu bangkit dan jangan diperbodoh oleh BN dan SPR. Kita tahu ketua SPR orang yang pandai bercakap tetapi tidak semesti orang pandai bercakap itu amanah. Amanah pula bukan hanya di mulut tetapi perlu di bukti pada procedure transparent pilihanraya.
Saya ingin bertanya kepada pimpinan PAS PKR dan DAP, jika Bangla ini di escort polis untuk mengundi dalam keadaan ic mereka palsu dan taraf kerakyatan mereka tidak sah atau kerakyatan mereka diberi dengan pintu belakang, adakah kita akan membiarkan mereka mengundi dan BN menang dengan secara jahat??
Alangkah malunya rakyat Malaysia kalau orang Bangla boleh memandang rendah kepada kita sebagai rakyat yang tidak bermaruah ..dah lah mereka datang dengan haram, bekerja di sini dengan merampas peluang pekerjaan orang muda sekarang BN pula mengguna mereka untuk mendapat kuasa, BN memang celaka dan sanggup buat apa saja untuk menang , Bangla pula akan buat saja dengan syarat boleh duit,,Saya mahu tanya adakah kita orang Malaysia  hanya buih buih di sungai yang tidak berupaya menjaga  hak kita sebagai rakyat di tanah tercinta ini.
Ada beberapa yang boleh di buat oleh rakyat untuk memastikan Pilihanraya in Bersih
1. Mengizinkan Bangla kerakyatan haram ini mengundi dan kita menggigit jari
2. Menahan Bangla kerakyatan haram ini dari mengundi dan mempertahankan kedaulatan negara

Thursday, 2 May 2013

Pegawai Kerajaan Sudah Mahu Perubahan



Rata rata ramai pegawai kerajaan yang bukan bekerja untuk BN tetapi bekerja untuk kerajaan Malaysia yang tercinta telah menunjukkan sokongan kepada perubahan cara mengurus negara. Sebenarnya mereka tahu semua kepincangan pengurusan BN menyalah guna dana negara dan peruntukan tetapi mereka tidak dapat berkongsi akibat berbagai sekatan termasuk sekatan pegawai tinggi untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik.

Walau pun di ishtiharkan pegawai kerajaan boleh melibatkan diri dalam politik dengan kebenaran ketua jabatan , hanya mereka yang menyokong BN saja diberi kebenaran. Walau pun ada keistimewaan untuk bersara awal untuk menjadi calon pilihanraya namun hanya ahli BN saja yang dapat keistimewaan itu.

Dari segi melaksana tugas negara, ramai pegawai kerajaan merungut kerana dasar Transformasi Ekonomi Najib telah dilaksanakan dengan memotong secara drastik peruntukkan kewangan memdahkan para kakitangan kerajaan  melaksana tugas. Ini semua adalah untuk mencapai wawasan Transformasi Najib- Idris Jalal, (pakar strategis bahlul BN ) untuk menaikkan index pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi membuktikan Transformasi Najib sudah mencapat NKRA . Memang lah kalau pegawai kerajaan terpaksa naik bas jabatan untuk pergi mesyuarat,,naik Air Asia untuk ke KLIA dan kongsi kereta macam sadin untuk ke seminar,-sudah tentu kos pengurusan menurun dan economic growth index bertambah. Tapi apa kesan nya..pegawai pertadbiran awam menaggung kesusahan dan  keletihan kerana terpaksa bermesyuarat selepas beratus km di lambung bas.
Pernah seorang doktor di Hospital kerajaan mengeluh kerana mesin photostat pun tak boleh di baiki apabila rosak. Yang paling teruk pula budget jabatan datang pada akhir tahun dan terpaksa di reject kerana takut salah belanja wang dan kemana duit itu digunakan apabila sampai ke Putrajaya kita pun tak tahu.
Walau pun diberi kenaikan gaji namun kenaikan gaji itu sama dengan kadar inflasi. Ada pula yang mengguna tactic recycle kenaikkan pangkat,  Mahyuddin mengumum penambahan peluang kenaikan pangkat tapi terbukti hanya rebranding pangkat yang sedia ada.
Penyelewengan dalam angkatan tentera pula akan menyebabkan tentera kita tidak mendapat senjata yang sesuai dengan zaman sekarang. Kalau lah orang sudah mengguna supersonic jet plane berbekalkan satellite guided missile JDAM, kita asyik membeli Sky Hawk yang sudah berkarat di Padang Pasir Arizona. Kalau orang dah boleh membuat submarine, kita masih membeli recorn submarine dengan peluru torpedo canggih  as separate asesori. Tentera lain dah mengguna AWAC untuk mengawas pantai kita masih mengguna kapal terbang latihan untuk mengesan musuh. Inilah bahaya nya kebocoran dan rasuah dalam pertadbiran negara, Rakyat tidak akan dapat dilindungi dengan baik dan pegawai kerajaan akan susah untuk melaksana tugas.
Kita mengharap pegawai kerajaan akan menyokong Perubahan PR supaya kita dapat melaksana tugas kita dengan lebih berkesan dan supaya rakyat mendapat perkhidmatan tahap dunia yang sudah di nikmati negara maju yang lain.

Perang Poster di Dunia Maya

Banyak poster berlegar dalam Internet dan facebook yang menyemarakkan lagi PRU13. Boleh dikatakan angin perubahan bukan saja berlaku di alam nyata tetapi juga di alam digital. Kebanyakan poster mendedahkan kebocoran duit rakyat, mencuri duit rakyat dan pembaziran wang negara. Di antara maklumat yang didedahkan ialah salah guna kuasa media, kegagalan Dasar Ekonomi dan kegagalan membasmi kemiskinan. Poster ini adalah di antara yang menarik dalam dua version mengikut binatang berbeza

Wednesday, 1 May 2013

Adakah Oxalic Acid dapat menghilang kan daawat kekal PRU13


Oxalic acid telah lama diguna oleh tukang kayu untuk menghilangkan lapisan hitam yang paling degil di permukaan kayu. Untuk perabot kayu yang telah terdedah pada matahari dan hujan guna lah apa saja namun ia nya tidak dapat membuang tanda hitam di permukaan. Ia seolah sebati dengan kayu dan mungkin juga jari yang sudah mengundi dalam PRU13. Lihat video ini untuk melihat bagaimana oxalic acid dapat menghilangkan tanda hitam yang paling degil dan mungkin juga daawat kekal yang akan di guna dalam PRU13. Tompok hitam dalam video ini mungkin tidak sedegil SPR untuk berterus terang.

Adakah SPR guna daawat 7 persen Silver Nitrate atau 12 persen ?




 Rakyat Malaysia mahu tahu adakah SPR menggunakan daawat kekal kandungan 9 persen Silver Nitrate atau 12 persen silver nitrate. Jika SPR menggunakan daawat 9 persen silver nitrate maka PRU13 mesti di tangguh kerana SPR gagal memberi keyakinan tentang kesahihan proses PRU13. 

Berita tentang daawat kekal yang boleh di hilangkan apabila askar dan polis mengundi secara POS adalah serius dan menjejaskan validity sistem pilihanraya yang di kendalikan SPR.  Mengikut penyelidikan di Mysore India , pengeluar utama daawat kekal, daawat kekal pilihanraya mengandungi 7 persen Silver Nitrate boleh menjadi putih lutsinar tanpa warna apabila di kenakan asid oxalic selama beberapa jam dan dalam tempoh ini undi dua kali boleh berlaku. Daawat 7 persen Silver Nitrate ini akan menjadi lutsinar selama beberapa jam apabila di letak oxalic acid dan menjadi hitam kembali selepas itu. 
Ini adalah balanced reaction yang menyebabkan chrystallisation putih lutsinar
AgNO3 (aq) + K2C2O4 (aq)---> AgK2 (s) + NO3 (g) + CO2 (g)

 if that is even correct you  can figure out the stoichiometric coefficients 

Also for your understanding, you should know that the Ag and K are both in positive valence


Ini memberi masa untuk pengundi hantu untuk terbang ke satu lagi tempat membuang undi tanpa tanda daawat di jari. Hanya daawat mengandungi 12 persen Silver Nitrate yang berkesan untuk mencegah kesan oxalic acid ini. Ini telah terbukti dengan research saperti di bawah. 
[1] Test Report and Comparative Study of Indelible Ink 12% S.N. Concentration and 7% S.N. Concentration, September 09, 2012, Mysore Paint and Varnish Ltd., New Bannimantap Extension, Mysore, Karnataka, India
[2] http://www.comelec.gov.ph/?r=mediareleases/InvitationtoBid/AwardNotices/NoticeofAwardTexas
[3]http://www.comelec.gov.ph/uploads/mediareleases/InvitationtoBid/AwardNotices/AsaColor_noticeofaward_071912.pdf
[4] http://www.theshillongtimes.com/2012/10/13/voter-ink-linked-to-mysore-kingdom/
[5] http://en.wikipedia.org/wiki/Oxalic_acid
[6] Test Report and Comparative Study of Indelible Ink 12% S.N. Concentration and 7% S.N. Concentration, September 09, 2012, Mysore Paint and Varnish Ltd., New Bannimantap Extension, Mysore, Karnataka, India




Sekarang rakyat mahu statement rasmi secepat mungkin dari SPR berhubung kandungan Silver Nitrate dalam daawat PRU13 dan bukan masaalah goncang atau tidak goncang botol daawat.
Dalam radio ikim ketua SPR ada menyebut hanya tiga orang yang tahu tentang warna daawat dan sudah tentu kandungan daawat  dan yang tiga ini mungkin Rosmah , Najib dan Ketua SPR. Di mana transparency nya pada hal rakyat adalah SPR customers,
Masaalah sekarang dalam keadaan Malaysia di bawah kuasa caretaker government, siapa kah yang berkuasa untuk mengarah SPR mendedahkan kandungan peratus silver nitrate dalam daawat kekal yang akan di guna dalam PRU 12. Kita tak mahu PRU 13 tercemar kerana kedegilan SPR untuk menjelaskan hal daawat kekal yang mencurigakan ini.

Sumber,,,
http://browse.feedreader.com/c/New_Philippine_Revolution/172527497

""Tests[1] conducted by a laboratory owned by the Indian company that invented the indelible ink for voters in elections in 1937 has shown that the type of ink that the Commission on Elections (Comelec) plans to use for the 2013 elections would now be useless against flying voters because a new chemical could erase the ink stain on voters’ index finger within hours.

Like in previous elections[2] and in the special registration of voters in the Autonomous Region of Muslim Mindanao[3], the Comelec is purchasing more than  700,000 15 ml bottles of indelible ink for use to mark index fingers of each voter casting their ballot in the 2013 national and local elections. The stain of the indelible ink is planned to last for three days in voters’ index fingernail to prevent them from assuming the identity of other voters and voting again.

Mysore Paints and Varnish Limited, a company owned by the state government of Karnataka in India that made in 1937[4] the first batch of indelible ink used in any democratic election worldwide, reported in a September 2012 laboratory test that it tested six chemicals to test the efficacy of ink with 7 percent silver nitrate – the type of ink that the Comelec plans to use in the 2013 elections – and another batch of ink with 12 percent silver nitrate content.

The Indian indelible ink maker reported that when it tested the six chemicals, the stain on fingers “completely disappeared, (but the) stain appeared after a few hours” when 10-percent solution oxalic acid was used.

According to Wikipedia, “oxalic acid is … a colorless crystalline solid that dissolves in water to give colorless solutions. It is classified as a dicarboxylic acid. In terms of acid strength, it is much stronger than acetic acid.”[5]

Tests[1] conducted by a laboratory owned by the Indian company that invented the indelible ink for voters in elections in 1937 has shown that the type of ink that the Commission on Elections (Comelec) plans to use for the 2013 elections would now be useless against flying voters because a new chemical could erase the ink stain on voters’ index finger within hours.

Like in previous elections[2] and in the special registration of voters in the Autonomous Region of Muslim Mindanao[3], the Comelec is purchasing more than  700,000 15 ml bottles of indelible ink for use to mark index fingers of each voter casting their ballot in the 2013 national and local elections. The stain of the indelible ink is planned to last for three days in voters’ index fingernail to prevent them from assuming the identity of other voters and voting again.

Mysore Paints and Varnish Limited, a company owned by the state government of Karnataka in India that made in 1937[4] the first batch of indelible ink used in any democratic election worldwide, reported in a September 2012 laboratory test that it tested six chemicals to test the efficacy of ink with 7 percent silver nitrate – the type of ink that the Comelec plans to use in the 2013 elections – and another batch of ink with 12 percent silver nitrate content.

The Indian indelible ink maker reported that when it tested the six chemicals, the stain on fingers “completely disappeared, (but the) stain appeared after a few hours” when 10-percent solution oxalic acid was used.

According to Wikipedia, “oxalic acid is … a colorless crystalline solid that dissolves in water to give colorless solutions. It is classified as a dicarboxylic acid. In terms of acid strength, it is much stronger than acetic acid.”[5]

The Mysore laboratory’s tests on the five other chemicals – ethyl alcohol, benzene alcohol, 10-percent soap acid solution, 95% bleaching agent and kerosene – did not remove the stain of the indelible ink with a 7-percent silver nitrate.[6]

Oxalic acid, however, was ineffective when tried on fingers stained with indelible ink with 12 percent silver nitrate content, according to Mysore.

"As a result of test, 12% concentration ink is preferred to (a version with) 7% (silver nitrate content),” the Indian indelible ink maker stated in its report.

It was unclear, however, if Mysore would recommend to the Philippine government to shift from the use of ink with 7-percent silver nitrate to another version with 12-percent silver nitrate content..................



Tuesday, 30 April 2013

Hukuman Masyarakat Cina Lama

Di zaman pemerintahan Qing sebelum Cina menjadi Republic, sudah terdapat hukuman yang melibatkan memotong kaki dan yang paling dasyat memotong seluruh anggota badan, Hukuman ini dinamakan ' kematian dengan seribu potongan' atau dalam bahasa Cina Ling Chi atau Leng T’che. Ini menjawab puak MCA yang aktif benar menentang hukuman Hudud yang jauh lebih teratur dari undang undang Cina lama. Mereka yang di jatuhkan hukuman Lin Chi akan di potong sedikit demi sedikit anggota badan mereka sehingga pesalah meninggal dunia kesakitan.
Undang undang ini di guna di kalangan masyarakat Cina dari AD 900 sehingga 1905. Ling Chi dalam bahasa  Cina bermakna mendaki gunung secara perlahan lahan dan dalam hal ini mati dalam keadaan sakit secara perlahan lahan. Hukuman ini digunakan untuk kesalahan menjadi pembelot dan juga membunuh ibu bapa. Selain hukuman Ling Chi terdapat 5 jenis hukuman melibatkan badan. Hukuman tersebut ialah 
1. Mo dimana pesalah akan di tatoo atas dahi.
2.  Yi dimana hidung pesalah dipotong
3. Yue dimana kaki kiri atau kanan atau kedua duanya kaki di potong
4. Gong di mana kemaluan pesalah di potong dan pesalah akan dipaksa menjadi eunuk
5. Da Pi iaitu hukuman mati dengan memotong badan pesalah kepada 4 bahagian , di rebus hidup hidup , badan di caritkan dengan kuda, dipenggal kepala, di cekik dan LingChi atau mati dengan seribu potongan.

Diharap ini akan menjawab isu yang di mainkan oleh Dr Chua So Lek dan MCA yang bertujuan menakut nakutkan masyarakat Cina Malaysia supaya tidak menyokong PAS.

  •  (墨), also known as qíng (黥), where the offender would be tattooed on the face or forehead with indelible ink. (1,000 crimes)
  •  (劓), where the offender's nose was cut off. (1,000 crimes)
  • Yuè (刖), also known as bìn (膑/臏) during the Xia Dynasty and zhǎnzhǐ (斩趾) during the Qin Dynasty, involved amputation of the left or right foot or both. Other sources claim that this punishment involved removal of the kneecap, which is claimed to be the source of Warring States Period military strategist Sun Bin’s name. (500 crimes)
  • Gōng (宫), also known as yínxíng (淫刑), fǔxíng (腐刑)[7][8] or cánshì xíng (蚕室刑), where the male offender’s reproductive organs were removed.[9][10] The penis was removed and testicles were cut off, and the offender was sentenced to work as a eunuch in the Imperial palace.[11][12] Gōng for men was applied to the same crime as gōng for women, namely adultery, "licentious" or "promiscuous" activity.[13] (300 crimes)
  • Dà Pì (大辟), the death sentence. Methods of execution were quartering, or cutting the body into four pieces (fēn wéi lù 分为戮); boiling alive (pēng 烹); tearing off an offender's head and four limbs by attaching them to chariots (chēliè 车裂); beheading (xiāoshǒu 枭首); execution then abandonment of the offender’s body in the local public market (qìshì 弃市); strangulation (jiǎo 绞); and slow slicing (língchí 凌迟). Other methods of execution were also used. (200 crimes)