Monday, 6 May 2013

Dua generasi


Ingatkan sudah boleh tenangkan fikiran untuk 5 tahun akan datang.. rupa2nya silap sebab masih ramai yang tak faham pasal politik. Mereka anggap YB itu adalah 'tuan' tanpa sedar tuan sebenar adalah mereka sendiri (rakyat) dan YB itu hanyalah kuli yang patut menjalankan amanah rakyat dengan sejujurnya. 

Ada juga yang menganggap kerajaan itu parti, walhal kerajaan ialah pemerintah yang dipilih dari parti yang memenangi pilihanraya. mana2 parti yang menang tetap akan menjadi kerajaan. jadi apa salahnya kerajaan bertukar ganti, yang penting rakyat tetap mendapat yang terbaik dari masa ke semasa.. yang kerja kerajaan tetap juga kerja kerajaan...

Persoalannya... kenapa ada parti yang sanggup bergolok-bergadai menghabiskan khazanah negara demi membeli hati rakyat? Semua itu tak perlu kalau selama ini tanggungjawab tersebut mampu dilaksanakan dengan amanah dan berkesan. Kecuali... kecuali terlalu banyak skandal, ketirisan, pecah amanah yang perlu ditutup rapat... 

Sebabnya kalaulah kata umno/Bn sahaja yang mampu membangunkan negara? banyak lagi negara2 yang jauh lebih maju walaupun tanpa umno/bn.. bahkan mereka jauh lebih baik sebab mereka mengamalkan ketelusan dalam semua perkara.. 

Lepas ini pasti ada yang akan tulis, habis tu pergilah berhijrah ke negara tersebut? hehe itu adalah jawapan 'standard' yang saya nanti2kan...
Di Malaysia ni ada dua situasi..

Pertama, generasi tua.. kita panggil generasi saluran 1 (S1). Generasi ini kebanyakkannya buta IT. Hanya disogok TV dan akhbar media perdana semata-mata. Sebagai seorang yang waras, secara peribadi saya masih boleh terima kenyataan ini sebab kalau saya di tempat mereka pun MUNGKIN saya pun akan jadi seperti mereka juga atau mungkin juga lebih teruk dari itu. Full stop!

Yang saya tak faham pula ialah generasi terpelajar atau senang fahamnya generasi IT. Ada yang phd, master, degree dan macam2 kelulusan. Maklumat masuk kiri kanan, mereka boleh memilih media dan mereka tiada apa-apa kecacatan pada fizikal dan akal.

Semasa pilihanraya ada satu parti yang menawarkan pelbagai kemudahan yang membantu membina satu kehidupan yang selesa. Mereka bakal bebas hutang, dapat beli -itu dan ini dengan harga murah tetapi mereka menolak tawaran ini sebaliknya ingin mengekalkan parti yang memerintah (yang mereka panggil kerajaan, walhal kalau bertukar parti memerintah sekalipun mereka tetap dipanggil kerajaan juga), yang mana semua sedia maklum sangat mencekik kehidupan rakyat sehingga susah untuk menjalani kehidupan yang selesa.

Lebih malang lagi, mereka 'redha' dengan penipuan pilihanraya secara terang-terangan termasuk warga asing (yang diberikan k/p secara mudah). Sebab apa saya kata redha, sebabnya pelbagai modus operandi penipuan telah mereka lalukan sebelum ini.

Semakin keliru jadinya... mereka ni sebenarnya apa...., golongan cerdik pandai? cendikiawan.. atau..... (?)

Ingatkan sudah boleh tenangkan fikiran untuk 5 tahun akan datang.. rupa2nya silap sebab masih ramai yang tak faham pasal politik. Mereka anggap YB itu adalah 'tuan' tanpa sedar tuan sebenar adalah mereka sendiri (rakyat) dan YB itu hanyalah kuli yang patut menjalankan amanah rakyat dengan sejujurnya.

Ada juga yang menganggap kerajaan itu parti, walhal kerajaan ialah pemerintah yang dipilih dari parti yang memenangi pilihanraya. mana2 parti yang menang tetap akan menjadi kerajaan. jadi apa salahnya kerajaan bertukar ganti, yang penting rakyat tetap mendapat yang terbaik dari masa ke semasa.. yang kerja kerajaan tetap juga kerja kerajaan...

Persoalannya... kenapa ada parti yang sanggup bergolok-bergadai menghabiskan khazanah negara demi membeli hati rakyat? Semua itu tak perlu kalau selama ini tanggungjawab tersebut mampu dilaksanakan dengan amanah dan berkesan. Kecuali... kecuali terlalu banyak skandal, ketirisan, pecah amanah yang perlu ditutup rapat...

Sebabnya kalaulah kata umno/Bn sahaja yang mampu membangunkan negara? banyak lagi negara2 yang jauh lebih maju walaupun tanpa umno/bn.. bahkan mereka jauh lebih baik sebab mereka mengamalkan ketelusan dalam semua perkara..

Lepas ini pasti ada yang akan tulis, habis tu pergilah berhijrah ke negara tersebut? hehe itu adalah jawapan 'standard' yang saya nanti2kan...

Abd Rahman



Walaupun PR tak kesempaian hajat untuk ke Putrajaya, mereka boleh berjalan 'with their heads up ' sebab dengan segala serangan media disemua channel, setiap saat dengan news flash, kerahan segala jentera kerajaan, video lucah ditayang sana sini, cash handouts dalam terang dan gelap, catuan air sana sini, every other bilboard dengan iklan kempen, sekatan sekatan berkempen di Kampung Felda2 , pemulauan keatas penyokong PR, komplot lain yg x dapat tersenerai disini, mereka tambah 7 kerusi Parlimen, Selangor menang dengan lebih besar. Rakyat patut jugak terima kasih pada mereka kerana kerana dengan tuntutan 2 mereka, rakyat dapat rasa BRIM, jalan raya elok, kenkangan harga minyak dan tol. Man tengah tunggu nak beli kereta ni, sebab BN jugak janji nak turunkan harga kereta.
Stujza Malique Salam, rasanya undi bangla-nepal tak banyak mengubah undi, namun ia boleh membantu meningkatkan undi pihak berkaitan mungkin dalam 10-15% sahaja, tapi kita jgn lupa menipuan mega boleh berlaku dikala:

(1) Undi Pos dari pengundi kita dari luar
(2) Undi
 awal, yang terlalu awal seminggu sebelum...yang mana dakwat bukannya tahan 7 hari, tapi hanya 7 minit. Maka, undi berganda boleh berlaku dikalangan pengundi awal.
(3) Mengawal media perdana sudah berlaku bertahun-tahun tanpa sesiapa pun mampu buat apa-apa, tapi dalam masa yang sama, SPR pun tak mampu buat apa-apa kerana berada dibawah jabatan PM (PMO), yang big boss nya adalah pengerusi BN.

Rasanya, pihak Pakatan kena bekrja turun padang (menang atau kalah) dari sekarang untuk PRU14, pergi ke hujung kampung, jangan sombong, murahkan senyuman....bukan bila dekat dgn PRU baru nak singgah dengar kabar.

Saluran 1 mungkin bukan IT savvy, malah menganggap main PC adalh kerja membazir. Tetapi bukan semua begitu, kerana S1 yang pergi dengar ceramah, masjid-masjid lebih expose kpd konsep ibadah lebih luas dan yg hardcore bulan juga datang dari S1 walau apa jadi pun. Kawasan bukit depu, majoriti panji alam dan beberapa lagi masih tegar bulan. Tapi, ada jugak masih makan budi dgn Dato' Che Mat (DCM) dan mengenali ayah Cikgu Zubir yang cukup peramah. Maka, undi simpati juga main peranan. 

Ingat, undi anak muda boleh swing at anytime, atas pada isu semasa dimainkan dan cara menjaga hati mereka. 

So, it's multifactorial. Pihak berkenaan kena buat postmortem yang lebih objective dan comprehensive, supaya momentum sekarang kekal dan peluang PRU14 lebih tinggi. Harap-harap ambe masih bernafas lagi masa tu! Selamat Maju Jaya! Peace!

No comments:

Post a Comment